Program Vaksinasi / Imunisasi Orang-Orang Dewasa
Kes kajian :
Mary, seorang pekerja pejabat yang berusia 26 tahun, yang baru-baru ini mendapat banyak maklumat mengenai vaksinanisi orang-orang dewasa, selepas dia melawat satu pameran kesihatan. Mary berasa keliru oleh kerana mendapat terlalu banyak maklumat berikutan lawatan tersebut.
Rakan sekerja Mary, yang bernama Asha, memahami kesulitan yang dihadapi oleh Mary, maka dia pun membantu dan berkongsi pendapatnya tentang manfaat-manfaat vaksinasi serta menggalakan Mary mulai kajian terhadap vaksin papillomavirus manusia (bahasa inggeris : human papillomavirus, HPV) dan vaksin influenza, demi memperolehi keberkesanan vaksinasi yang berupaya mencegah kedua-dua jenis jangkitan ini.
Sebaliknya, seorang rakan lain, bernama John pula menganjurkan fahaman “cara-cara semula jadi”. John berpendapat bahawa Mary hanya memerlukan vaksin-vaksin yang disyorkan oleh rancangan vaksinasi kebangsaan, justeru itu, kebanyakan vaksin-vaksin lain bolehlah diambil secara selektif. John juga mengulas bahawa kini terdapat terlalu banyak vaksin sedang dijual di pasaran, di mana mereka sedang ditawarkan dengan harga-harga yang mahal. John juga percaya bahawa sekiranya orang-orang umum mempunyai diet yang baik bersama-sama dengan gaya hidup yang sihat, sistem-sistem imun mereka akan menjadi cukup kuat sehingga mampu menentang penyakit-penyakit berjangkit secara semulajadi dan berkesan.
Mary berasa keliru dan tertanya-tanya sama ada dia perlu menerima sebarang vaksin. Jika vaksin-vaksin baharu memang diperlukan akhirnya, jadi vaksin yang mana satu pula dia patut disuntik di masa depan?
Vaksinasi sebelum kehamilan untuk mencegah kecacatan janin
Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menumpu perhatian kepada vaksinasi bayi-bayi dan kanak-kanak, dan mengabaikan risiko-risiko jangkitan virus yang memberi ancaman kepada orang-orang dewasa.
Ibu bapa dan penjaga-penjaga kanak-kanak perlu menerima vaksinasi masing-masing, kerana mereka adalah kumpulan yang paling terdedah kepada bayi-bayi dan kanak-kanak. Vaksinasi boleh menghalang penyakit-penyakit berjangkit merebak kepada bayi-bayi dan kanak-kanak, kerana segelintir mereka masih didapati terlalu muda atau tidak sesuai divaksinasikan buat sementara waktu. Vaksinasi dapat mencegah penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza, MMR (kelenjar campak), penyakit gondok dan rubella, yang juga dikenali sebagai campak Jerman) 丶 cacar air 丶 Tdap (tetanus, difteri dan pertussis , juga dikenali sebagai batuk kokol) dan polio (biasanya dikenali sebagai poliomielitis).
Wanita perlu menimbangkan penggunaan vaksin-vaksin sebelum mengandung. Ini adalah untuk mengelakkan penyakit-penyakit berjangkit daripada menyebabkan sebarang kecacatan janin.
Warga tua juga merupakan salah satu kumpulan yang paling mudah diserang oleh penyakit-penyakit berjangkit. Pada umumnya, sistem imun warga tua sudah menjadi lemah, maka vaksinasi harus diberikan supaya membina perlindungan untuk menghalang serangan kuman-kuman. Oleh itu, para doktor biasanya akan menasihati warga tua berumur lebih dari 60 tahun, mereka patut menerima vaksinasi penyakit-penyakit seperti influenza, batuk kokol, pneumococcus pneumoniae dan kayap ( bahasa inggeris: shingles / herpes zoster ).
Pesakit-pesakit kronik perlu mengambil inisiatif untuk mengelakkan risiko-risiko
Dengan mengambil hepatitis B sebagai satu contoh. Walaupun sudah terdapat vaksin yang tersedia untuk mencegah jangkitan virus ini, tetapi banyak orang masih juga dijangkiti oleh hepatitis B di negara kita.
Orang-orang yang telah mengidapi penyakit-penyakit kronik, seperti penyakit paru-paru, diabetes, penyakit jantung dan penyakit hati kronik, mereka harus mengambil pelbagai langkah aktif untuk mengurangkan risiko-risiko jangkitan mereka. Pesakit-pesakit sebegini perlulah diberi vaksin-vaksin untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit, misalnya influenza, Streptococcus pneumoniae, Hepatitis A dan Hepatitis B.
Para pengembara digalakkan mendapatkan vaksin-vaksin terhadap jangkitan influenza, Streptococcus pneumoniae, meningokokus (bahasa inggeris : meningococal ), demam kepialu, hepatitis A, demam kuning, ensefalitis Jepun ( bahasa inggeris : Japanese encephalitis ), tetanus, difteri, batuk kokol, MMR (kelenjar campak), penyakit gondok dan rubella.
Selain vaksin-vaksin biasa yang disebutkan di atas, ada sekumpulan orang-orang dewasa didapati memerlukan perlindungan vaksinasi tambahan. Sebagai contoh, orang-orang yang aktif secara seksual, adalah dinasihati menerima vaksin-vaksin berbuhungan dengan jangkitan virus HPV dan hepatitis B; manakala orang-orang yang menghadapi risiko-risiko luka luaran mestilah disuntik dengan vaksin tetanus. Di samping itu, orang-orang yang gemar hidangan gourmet juga disarankan menerima vaksinasi hepatitis A dan tifus.
Vaksin influenza adalah sejenis vaksin yang perlu diambil oleh orang-orang dewasa. Walaupun vaksin ini tidak memberikan imuniti 100%, sekurang-kurangnya ia boleh menawarkan perlindungan setinggi 80%. Sekiranya bilangan orang yang divaksinasikan semakin meningkat, orang-orang lain yang tinggal di sekeliling mereka , juga akan dapat dilindungi secara tidak langsung. Sudah tentu, ini adalah jauh lebih baik berbanding dengan persekitaran yang tiada sebarang pencegahan melalui vaksinasi. Pelaksanaan program vaksinasi sebegini, akan dapat meningkatkan bilangan orang yang menerima vaksinasi influenza.
Jangkitan influenza berupaya membawa maut. Walau bagaimanapun, ia masih tidak dianggap sebagai sejenis penyakit yang mesti diisytiharkan atau dilaporkan oleh para doktor, oleh itu Kementerian Kesihatan masih tidak dapat mengumpulkan sebarang data mengenai kematian yang dibawa oleh penyakit berjangkit ini.
Jangkitan influenza sering dianggap sebagai selesema biasa
Vaksin yang paling mudah diabaikan dan dikelirukan ialah vaksin influenza. Ramai orang tidak dapat membezakan antara jangkitan influenza dan selesema biasa. Kebanyakan orang umum berfikir bahawa selesema biasa tidak memerlukan sebarang pencegahan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang boleh memastikan bahawa sesuatu jangkitan itu hanyalah sejenis selesema biasa, dan bukan influenza yang berpotensi membawa maut kepada para pesakit?
Orang umum juga berasa keliru dan sentiasa mengandaikan bahawa semua penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi, adalah sekumpulan penyakit yang tidak begitu merbahaya. Contoh yang paling biasa ialah influenza dan selesema biasa. Orang ramai lebih cenderung meremehkan risiko-risiko penyakit-penyakit berjangkit yang dapat dicegah melalui vaksinasi, sehingga mereka kurang menyedari bahawa penyakit-penyakit berjangkit ini sebenarnya agak rumit dan mahal untuk dirawati.
Mengikut kaji selidik pada tahun 2012, kurang daripada 50% orang-orang dewasa di Malaysia telah diberi vaksin berhubungan dengan jangkitan influenza, dan kebanyakan kakitangan perubatan tidak membuat sebarang cadangan kepada orang umum supaya berbuat demikian. Sesetengah orang bimbang bahawa vaksinasinya akan membawa beberapa kesan sampingan. Kesalahfahaman begini akan menjadi halangan untuk mempromosikan vaksinansi di kalangan rakyat Malaysia.
Dalam kes-kes jangkitan influenza, misalnya wabak seperti H1N1, semua orang berpotensi dijangkiti oleh penyakit berjangkit ini, tetapi orang ramai tidak menyedari bahawa mereka pernah mengidapi jangkitan virus itu serta mengandaikan ia hanyalah satu perkara biasa sahaja. Malah, jangkitan influenza tidak pernah hilang, dan akibatnya memang tidaklah seringan seperti jangkitan selesema biasa. Kecuaian terhadap jangkitan influenza mungkin boleh membawa kesilapan maut kepada para pesakit.
Kos vaksin influenza berharga kurang daripada RM100, dan sepatutnya disuntik sekali setahun
Virus influenza sentiasa berubah, dan ia boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit, misalnya ensefalitis ( bahasa inggeris : encephalitis ), miokarditis ( bahasa inggeris : myocarditis ), keradangan telinga tengah ( bahasa inggeris : otitis media ), dan juga kegagalan organ-organ. Walau bagaimanapun, vaksin influenza hanya berharga antara RM 65 hingga RM100; ia hanya diperlukan sekali setahun.
Pesakit-pesakit yang dijangkiti oleh virus influenza akan mengalami gejala-gejala sehari sebelum bermulanya penyakit, di mana gejala-gejalanya mungkin bertahan selama 5 hingga 7 hari. Jangkitan ini boleh disebarkan kepada ahli-ahli keluarga lain melalui udara, terutama kanak-kanak dan warga tua atau pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah. Influenza boleh menyebabkan banyak kesan-kesan sampingan buruk.
Kumpulan berisiko tinggi adalah kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun, wanita yang hamil dan warga tua. Oleh itu, adalah disyorkan bahawa bayi-bayi yang berumur lebih dari 6 bulan dan warga tua berumur 65 tahun ke atas, harus divaksinasikan dan memperolehi perlindungan terhadap jangkitan influenza setiap tahun.
Terlalu banyak jenis vaksin boleh mengelirukan orang umum
Vaksinasi adalah satu cara berkesan untuk melindungi orang-orang dewasa daripada penyakit-penyakit berjangkit yang boleh dicegah, tetapi disebabkan terdapat banyak kesalahpahaman di kalangan orang umum, maka ramai rakyat Malaysia masih berpendapat bahawa orang-orang dewasa tidak perlu mendapatkan sebarang vaksinasi.
Ramai pesakit didapati masih menderita penyakit-penyakit berjangkit yang boleh dicegah, Mereka mengalami penginapan hospital yang lebih lama dan peningkatan kos-kos perubatan . Pihak berkuasa yang berkaitan harus mempromosikan program vaksinasi orang-orang dewasa, dan menetapkan garis panduan, dan mengesyorkan agar orang-orang dewasa menerima lima jenis vaksinasi utama.
Sebahagian daripada masalah ini adalah disebabkan oleh terlalu banyak pilihan vaksinasi yang tersedia untuk orang umum, akhirnya banyak orang tidak tahu yang mana satu mereka patut mengambil. Oleh itu, program “pemeriksaan vaksin orang-orang dewasa” pun dilaksanakan demi membantu orang-orang dewasa untuk mengenal pasti apakah jenis vaksinasi yang sesuai untuk mereka. Di bawah skim ini, orang ramai boleh berunding dengan klinik-klinik yang telah menyertai projek ini, di mana mereka boleh mendapatkan maklumat-maklumat lanjut tentang vaksinasi orang-orang dewasa.
Orang-orang ramai boleh mencari senarai vaksin orang-orang dewasa
Ramai rakyat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa vaksinasi hanya diperlukan untuk bayi-bayi dan kanak-kanak. Kebanyakan orang umum menganggap sistem imun orang-orang dewasa telah menjadi matang dan ditubuhkan dengan baik, oleh itu tiada sebarang suntikan vaksin khas yang diperlukan lagi. Oleh itu, kadar vaksinasi terhadap penyakit-penyakit berjangkit yang boleh dicegah di kalangan orang-orang dewasa, masih dikira rendah berbanding dengan negara-negara maju lain.
Sebenarnya penyakit-penyakit berjangkit yang dapat dicegah melalui vaksinasi, berupaya membawa banyak bahaya kepada orang-orang dewasa. Akibat yang mengerikan itu termasuk penderitaan komplikasi-komplikasi perubatan, kemasukan ke hospital yang berpanjangan, dan perbelanjaan perubatan yang tinggi, serta berkemungkinan menghadapi kecacatan kekal atau kematian.
Oleh itu, Persatuan Penyakit Berjangkit dan Kemoterapi Malaysia (Malaysian Society of Infectious Diseases and Chemotherapy, MSIDC) telah mempromosikan program yang dikenali sebagai “Pemeriksaan Vaksin Orang-Orang Dewasa”. Ini adalah satu program vaksin pertama yang dirancang untuk orang-orang dewasa di Malaysia, termasuk ibu bapa, penjaga-penjaga kanak-kanak, warga tua, dan pesakit-pesakit yang mengidapi penyakit-penyakit kronik dan juga pengembara-pengembara yang kerap.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk kesihatan, umur, gaya hidup, dan pekerjaan supaya para doktor boleh menyediakan nasihat yang sesuai; Sementara itu, golongan pengembara merangkumi pengembara-pengembara perniagaan, pelancong-pelancong, dan jemaah di luar negara.
Di bawah program Skrining Vaksin Orang-Orang Dewasa, orang ramai boleh mencari senarai “Vaxin Checks” melalui laman web dan kemudian mencari klinik-klinik berdekatan untuk membincangkan keperluan vaksinasi bersama-sama dengan para doktor terlatih. Pada masa ini, sudah ada 250 klinik sudah menyertai program ini. Matlamat persatuan ini adalah untuk menjemput sebanyak 1,000 klinik mengambil bahagian di seluruh negara pada akhir tahun ini.
Untuk mencari maklumat-maklumat klinik melalui laman web, sila layari www.ifl.my/vaxincheck.
Penyakit-penyakit yang boleh dicegah melalui vaksinasi |
||
Vaksinasi |
Penyakit |
Komplikasi-komplikasi |
Dipteria ( bahasa inggeris: Diphtheria ) |
Penyumbatan saluran-saluran pernafasan |
Miokarditis, lumpuh , kegagalan ginjal |
Hepatitis A |
Hepatitis |
Kegagalan hati |
Hepatitis B |
Hepatitis |
Kegagalan hati, kanser hati |
Virus Papillomavirus Manusia ( bahasa inggeris : Human Papillomavirus ( HPV )) |
Ketuat, Kanser Serviks |
Kanser vulva, vagina, zakar, dubur, mulut dan tekak |
Influenza |
Demam, sakit kepala, sakit tekak, sakit otot, batuk, hidung berair, ensefalitis |
Pneumonia, keradangan telinga tengah akut, miokarditis, sindrom Guillain-Barre (menyerang sistem saraf periferal) |
Ensefalitis Jepun |
Ensefalitis |
Gejala-gejala neurologi, sawan |
Campak |
Ruam |
Bronkitis, keradangan telinga tengah, SSPE ( Bahasa inggeris : subacute sclerosing panencephalitis, ia boleh membawa maut) |
Meningokokal ( bahasa inggeris : meningococcal) |
Keradangan meninges |
Kegagalan organ, sepsis |
Gondok ( bahasa inggeris : mumps ) |
Pembengkakan kelenjar parotid |
Keradangan meninges, kehilangan daya pendengeran, orchitis yang boleh menyebabkan kemandulan. |
Batuk berkokol ( bahasa inggeris : pertussis ) |
Batuk yang ganas |
Pneumonia, ensefalitis, kekejangan otot-otot |
Pneumokokkal ( bahasa inggeris : Pneumococcal ) |
Pneumonia |
Keradangan meninges, kehilangan daya pendengaran |
Poliomyelitis / polio |
Lumpuh |
Kegagalan paru-paru, keradangan meninges, ensefalitis |
Campak Rubella / Jerman |
Ruam |
Kesakitan sendi-sendi, keguguran, kecacatan kongenital janin, keradangan saraf |
Tetanus |
Kekejangan rahang |
Tulang patah, disebabkan kekejangan otot yang serius |
Kepialu ( bahasa inggeris : typhoid ) |
Demam tinggi |
Pendarahan usus |
Cacar air ( bahasa inggeris : chickenpox ) |
Cacar air |
Ensefalitis |
Demam Kuning ( bahasa inggeris : yellow fever ) |
Hepatitis and demam |
Kegagalan organ-organ, pendarahan |
Kayap ( bahasa inggeris : shingles, herpes zoster ) |
Ruam dengan lepuh |
Ruam yang menyakitkan, ensefalitis, strok |