Pengurusan Kesakitan
Kesakitan adalah sensasi yang tidak dapat dijelaskan atau tidak dapat dilihat oleh orang-orang lain, maka memang sukar untuk memahami perasaan pesakit-pesakit yang menghadapi keadaan sebegini. Kesakitan sering digambarkan sebagai suatu “amaran yang dikeluarkan oleh badan apabila kita mengalami kecederaan atau berada di bawah keadaan terancam. Tetapi andaian ini tidak semestinya tepat setiap masa. Sebagai contoh, kepada orang-orang yang telah menerima amputasi, kesakitan yang mereka rasakan sebelum amputasi, didapati masih terpendam di dalam otak masing-masing, walaupun selepas amputasi dilakukan, mereka masih merasakan kesakitan. Mungkin ada mesej yang tersimpan di dalam otak, berupaya mengawal perasaan sakit secara terus-menerus.
Kesakitan boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kesakitan akut ( bahasa inggeris : acute ) dan neuropatik ( bahasa inggeris : neuropathic ). Kesakitan akut dikaitkan dengan saraf-saraf deria sensitif, di mana sensasi-sensasinya akan dihasilkan apabila faktor-faktor luaran didapati boleh merosakkan atau mengancam bahagian-bahagian tubuh, manakala kesakitan neuropatik adalah disebabkan oleh kerosakan atau salah fungsi sistem saraf.
Untuk mengecam kedua-dua jenis kesakitan ini, doktor boleh membeza-bezakan lagi berdasarkan dengan tempoh kesakitan. Kesakitan adalah suatu keadaan yang boleh diuruskan, di mana ia boleh dibahagikan kepada jenis jangka panjang dan jangka pendek.
Kesakitan menandakan masalah-masalah kesihatan
Tempoh dan kesinambungan kesakitan adalah asas untuk membuat diagnosis. Sebagai contoh, kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan membakar atau tulang patah, boleh mengakibatkan kesakitan jangka pendek yang tenat, tetapi ia juga boleh menjadi kesakitan jangka panjang yang kronik dan berkembang menjadi penyakit artritis ( bahasa inggeris : arthritis ) atau fibromiagia ( bahasa inggeris : fibromyalgia ). Kira-kira 7.1% orang-orang dewasa di Malaysia sedang mengalami masalah kesakitan kronik.
Kesakitan yang disebabkan oleh kecederaan luaran yang biasa boleh disembuhkan selepas luka telah dicantumkan, dan ia merupakan sejenis kesakitan akut; manakala kesakitan yang berterusan atau kronik didapati berkait dengan gangguan-gangguan sistem saraf. Neuropati periferi ( bahasa inggeris : peripheral neuropathy ) yang disebabkan oleh penyakit diabetes, sakit belakang dan fibromiagia, berupaya menjadi masalah perubatan selama seumur hidup. Walaupun sel-sel yang cedera telah diperbaiki, namun sekitar 10% hingga 20% pesakit-pesakit masih merasakan kesakitan mereka secara berterusan.
Ramai orang berfikir bahawa kesakitan hanya perasaan yang dikeluarkan oleh badan. Sebenarnya, kesakitan boleh juga menjadi satu beban kewangan kepada pesakit-pesakit. Setelah sesuatu kesakitan berubah menjadi kesakitan kronik, pesakit-pesakit akan mula mengalami keadaan depresi ( bahasa inggeris : depression ), keletihan, kehilangan selera makan, dan perubahan jiwa sehingga dia tidak dapat bekerja lagi.
Pemahaman orang umum terhadap kesakitan masih boleh dikira agak cetek. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa kesakitan boleh memberi isyarat-isyarat tentang masalah kesihatan masing-masing. Kesakitan yang berbeza akan memberi gejala yang berbeza. Kesakitan boleh digambarkan dengan menggunakan pelbagai jenis ungkapan, contohnya, kesakitan cucuk, luka bakar, kejutan, kesemutan, dan lain-lain. Kesakitan-kesakitan ini boleh diuruskan dan diperbaiki oleh doktor selepas diagnosis dibuat.
Kesakitan yang paling biasa adalah trauma yang disebabkan oleh kecederaan luaran, pemampatan saraf periferi, jangkitan (AIDS), penyakit metabolik (kencing manis), keradangan (multiple sclerosis, rheumatoid arthritis), ubat dan toksin (alkohol, keracunan arsenik) dan penyakit idiopatik.
Pemahaman orang umum terhadap kesakitan masih boleh dikira agak cetek. Kebanyakan mereka tidak mengetahui bahawa kesakitan boleh memberi isyarat-isyarat tentang masalah kesihatan masing-masing. Kesakitan yang berbeza akan memberi gejala yang berbeza. Kesakitan boleh digambarkan dengan menggunakan pelbagai jenis ungkapan, contohnya, kesakitan cucuk, luka bakar, kejutan, kesemutan, dan lain-lain. Kesakitan-kesakitan ini boleh diuruskan dan diperbaiki oleh doktor selepas diagnosis dibuat.
Kesakitan yang paling biasa adalah trauma yang disebabkan oleh kecederaan luaran, pemampatan saraf periferi, jangkitan (AIDS), penyakit metabolik (kencing manis), keradangan (multiple sclerosis, rheumatoid arthritis), ubat dan toksin (alkohol, keracunan arsenik) dan penyakit idiopatik.
Oleh kerana pemahaman yang cetek terhadap kesakitan, ramai orang hanya pergi ke kedai-kedai farmasi dan membeli ubat penahan kesakitan sendiri dan menggunakannya sebagai rawatan utama. Walau bagaimanapun, ini mungkin tidak berkesan untuk semua jenis kesakitan, terutamanya kesakitan neuropatik, di mana ia memerlukan ubat-ubat khas untuk rawatan.
Walaupun kesakitan memberikan sensasi-sensasi yang kurang selesa, tetapi memang lebih baik kita masih boleh merasai kesakitan selepas kecederaan. Sekurang-kurangnya ini membuktikan bahawa fungsi-fungsi pelindungan tubuh tetap utuh. Kesakitan boleh memberitahu para pesakit di mana asal-usul kecederaan sebelum badan mereka memulakan proses pembaikan diri. Sekiranya tiada kesakitan hadir selepas kecederaan, ia bermakna bahawa tubuh seseorang pesakit telah kehilangan fungsi-fungsi perlindungan diri. Jelasnya ini bukan satu tanda yang baik dari segi kesihatan!
Kesakitan neuropatik adalah serupa dengan racun yang tidak berwarna dan berbau, ia tidak boleh dilihat atau disentuh oleh orang-orang lain. Pakar-pakar kesakitan mesti menjalani pelbagai pemeriksaan sebelum mendiagnosis seseorang pesakit, sama ada dia mengalami kesakitan neuropatik atau akut.
Kesakitan akut agak mudah diselesaikan. Sebaik sahaja pesakit-pesakit mula mengambil ubat-ubatan kesakitan, maka kesakitan mereka akan mereda pada akhirnya, dan berlaku bersama-sama dengan penyembuhan luka. Sebaliknya, kesakitan neuropatik akan menimbulkan masalah-masalah secara jangka masa panjang. Selain daripada mendapatkan bantuan daripada para doktor, pesakit-pesakit mungkin juga perlu mengambil beberapa kursus pengurusan mengenai kesakitan, supaya mengatasi kesakitan mereka dalam jangka masa panjang.
Apabila mendiagnosis seorang pesakit, doktor biasanya dapat mengetahui bahawa sama ada ia adalah sejenis kesakitan akut atau neuropatik, semasa konsultasi pertama. Mula-mula, pesakit akan ditanya mengenai keadaan kesakitan, kekerapan, masa, dan lokasi kesakitan. Pesakit juga dikehendaki menerangkan perasaan “sakit” dengan lebih terperinci, termasuk memberikan gambaran sama ada kesakitannya serupa dipotong oleh pisau atau luka terbakar, koyakan, kejutan elektrik, dan lain-lain. Setiap jenis kesakitan mempunyai terapi tersendiri.
Kemudian doktor akan melakukan ujian pencirian kesakitan, pemeriksaan fizikal, terutamanya penilaian neurologi, ujian diagnostik tambahan, dan juga menilai kesan-kesan kesakitan terhadap fungsi-fungsi pesakit dan kualiti kehidupan harian.
Tidak kira mana satu bahagian badan telah mengalami kecederaan, biasanya kecederaan akan sembuh dalam tempoh tiga bulan dan kesakitannya akan hilang bersama-sama. Sekiranya pesakit-pesakit masih tidak dapat dipulihkan, ia akan berubah menjadi kesakitan kronik. Mungkin sistem penderiaan kesakitan telah merosot, walaupun tidak ada sebarang kecederaan, sistem saraf pesakit-pesakit terus menyampaikan mesej-mesej kesakitan.
Persatuan Antarabangsa untuk Penyakit Neuropatik atau Penyelidikan Neuropati sedang bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengklasifikasikan kesakitan idiopatik dalam Jadual Klasifikasi Antarabangsa Penyakit dan Kesihatan Berkaitan 11 (ICD-11), di mana klasifikasi tersebut dibuat berdasarkan tempoh dan indeks kesakitan. Ini menunjukkan bahawa kesakitan kronik telah muncul sebagai satu jenis masalah kesihatan awam.
Dari sudut pandangan orang-orang luar, apabila sesuatu luka telah sembuh, biasanya kesakitan juga akan hilang serentak. Kadang-kadang, walaupun doktor berpendapat bahawa luka pesakitnya telah sembuh dan operasi pembedahan telah dilaksanakan dengan berjaya, tetapi pesakit masih percaya bahawa mereka masih terdapat “sesuatu” yang wujud di bekas luka. Oleh itu, kesakitan masih dirasai.
Sudah tentu, memang berkemungkinan ada ‘sesuatu’ yang masih wujud, seperti keradangan atau sebab-sebab lain. Kira-kira 10% hingga 20%, kadang-kala setinggi 30% daripada pesakit-pesakit masih merasakan kesakitan masing-masing selepas pembedahan telah dilakukan dengan jayanya, namun doktor-doktor mereka tidak dapat mengenal pasti apa-apa sebab kesakitan masih berterusan. Di bawah keadaan sedemikian, pesakit-pesakit mesti menerima hakikat bahawa kesakitan mereka akan berlanjutan di masa depan, justeru itu, mereka patut belajar bagaimana untuk menangani dan menguruskan kesakitan sedemikian dalam jangka masa panjang.
Jangan mengabaikan atau mengambil ringan terhadap kesakitan
Terdapat pesakit-pesakit yang sering mengadu kesakitan mereka, tetapi mereka tidak dapat mengetahui punca sebenar. Sesetengah doktor boleh merujuk pesakit-pesakit seperti ini kepada jabatan psikiatri. Doktor mungkin berpendapat bahawa kesakitan pesakit-pesakit ini adalah dihasilkan oleh khayalan mereka sendiri. Oleh itu, jika sesiapa mengalami kesakitan untuk tempoh masa yang panjang, dia mempunyai tanggungjawab untuk berjumpa dengan doktor dan memberikan keterangan yang lengkap tentang kesakitannya, supaya dia dapat membuktikan kepada doktor bahawa sensasi itu bukanlah sekadar khayalan sendiri, maka doktor akan merujuk pesakit ke jabatan pengurusan kesakitan sebagai gantinya.
Kesakitan yang tidak diketahui asal (kesakitan idiopatik) mungkin berkaitan dengan sakit tulang atau otot-otot. Kadang-kala kesakitan menjadi begitu serius sehingga pesakit-pesakit tidak dapat berjalan lagi, atau muka mereka dapat merasa kesakitan apabila menyentuh air sahaja. Kesakitan idiopatik tidak berlaku di bahagian-bahagian tubuh, di mana kesakitan biasanya timbul, contohnya di bahagian belakang dan leher.
Kawasan kesakitan kronik, biasanya datang dari bahagian bawah tulang belakang sampai kaki, kerana kawasan ini dianggap sebagai kawasan yang paling mudah mengalami kemerosotan badan, dan pemampatan saraf-saraf akan menyebabkan kesakitan bagaikan kejutan elektrik dan luka terbakar di bahagian-bahagian tubuh belakang hingga kaki. Tidak seperti kesakitan akut, di mana ia kerap berlaku di satu bahagian tertentu sahaja.
Pendekatan tiga-cabang didapati paling berkesan
Pengurusan kesakitan tidak bergantung kepada suntikan analgesik atau anestetik untuk melegakan kesakitan. Istirahat dan senaman juga dianggap sebagai rawatan-rawatan yang berkesan.
Di klinik-klinik pengurusan kesakitan, doktor-doktor telah melihat pelbagai jenis pesakit kesakitan kronik. Apabila mereka bertemu pesakit buat kali pertama, biasanya pesakit-pesakit akan meminta para doktor memberikan analgesik ( ubat penahan kesakitan ) melalui cara oral atau suntikan. Sudah tentu, doktor-doktor mesti memberi penjelasan kepada pesakit-pesakit bahawa pendekatan ini hanya dapat membantu mereka buat sementara waktu. Lagipun, klinik-klinik pengurusan kesakitan bukanlah sekadar klinik yang ditugaskan untuk menawarkan ubat-ubat penahan sakit sahaja.
Analgesik seperti anestetik, hanya menyekat kesakitan untuk sementara waktu, dengan mengubah tindak balas kimia sistem saraf, tetapi kesakitan masih boleh kembali selepas kesan-kesan ubat mulai mereda. Oleh itu, ubat-ubat penahan sakit sahaja tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesakitan dengan sepenuhnya.
Banyak pesakit-pesakit yang mengalami masalah kesakitan kronik didapati berkaitan dengan tabiat kekurangan senaman. Sebaik sahaja mereka mulai bersenam dan melepaskan endorfin ke dalam otak, kegiatan sebegini boleh memberi kesan-kesan analgesik, di samping mengendurkan badan dan minda, dan melegakan kesakitan. Oleh itu, pakar-pakar psikiatri juga memainkan peranan yang penting di klinik-klinik pengurusan kesakitan.
Ubat-ubat, senaman dan pengurusan diri adalah alat-alat sokongan untuk menguruskan kesakitan, di mana mereka mesti diuruskan dengan serentak bagaikan pendekatan 3-cabang. Pesakit tidak digalakkan bergantung semata-mata kepada ubat-ubatan untuk menguruskan kesakitan dan mengembangkan ketergantungan dadah, oleh kerana penyebab biasa kesakitan kronik adalah berkaitan dengan tekanan jiwa. Doktor harus membantu pesakit mereka untuk mengetahui punca-punca tekanan jiwa dan kemudian mengajar mereka untuk menguruskan keadaan jiwa dengan lebih baik.
Apabila pesakit mula mendapat rawatan, mereka mungkin berasa kesakitan yang amat tenat, tetapi mereka mesti terus melakukan beberapa kali senaman yang membawa kesakitan pada peringkat awal rawatan. Sesetengah pesakit akan bertanya sama ada terapi urutan boleh digunakan. Perlu diingat, terapi urutan hanyalah sejenis rawatan yang pasif, pastinya lebih baik bagi pesakit-pesakit menggabungkan kedua-dua rawatan aktif dan pasif bersama-sama, demi mencapai hasil-hasil rawatan yang diingini. Dalam erti kata lain, pesakit-pesakit mesti bersenam sendiri selain menerima terapi urutan.
Selain melakukan senaman, pesakit-pesakit juga digalakkan melatih yoga dan tai chi, kerana aktiviti-aktiviti ini didapati juga membawa kesan-kesan anti-depresi. Selagi pesakit-pesakit mula bersenam dua kali sehari, ia pasti berguna untuk melegakan kesakitan kronik mereka kemudian.