Kanser Serviks, Endometrial & Ovari
Terdapat empat jenis kanser utama di kalangan wanita. Selain daripada kanser payudara, ketiga-tiga jenis kanser wanita yang biasa didiagnosis di Malaysia adalah kanser serviks, ovari, dan endometrium. Keempat-empat kanser ini menunjukkan kelaziman yang tinggi berbanding kanser-kanser lain.
Di antara empat jenis kanser ini, selain daripada kanser payudara dan kanser serviks, di mana mereka boleh dicegah dan dikesan pada peringkat awal melalui pemeriksaan kanser payudara dan ujian lumuran pap / ujian pap smear, sebaliknya kanser ovari dan endometrium tidak dapat dicegah, kerana pemeriksaan umum tidak dapat mengesan kedua-dua jenis kanser ini dengan mudah dan awal.
Walaupun terdapat banyak maklumat mengenai keempat-empat jenis kanser ini, tetapi ramai wanita masih keliru tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh mereka. Soalan-soalan seperti ini akan timbul – bilakah mereka patut melakukan pemeriksaan masing-masing, dan adakah pemeriksaan diperlukan sama sekali?
Barah Pangkal Rahim / Kanser serviks
Perlu melakukan pemeriksaan pada masa yang sesuai
Kanser serviks adalah sejenis kanser organ pembiakan wanita yang paling biasa. Ia sering dikesan di kalangan wanita pertengahan umur kira-kira 50 tahun. Kaedah pemeriksaan yang lazim digunakan adalah ujian pap smear. Ia merupakan sejenis kaedah yang berkesan untuk mencegah kanser serviks, terutama kepada wanita-wanita yang masih aktif secara seksual.
Di sesetengah negara Eropah dan Amerika, seperti Finland dan Sweden, dasar kerajaan mereka menghendaki semua wanita melakukan pemeriksaan kanser serviks, maka kerajaan akan memberi ujian-ujian pap smear kepada semua wanita di negara-negara tersebut. Melalui program pemeriksaan mandatori ini, kedua-dua negara telah berjaya mengurangkan kadar kanser serviks bersama-sama kematiannya.
Malah, Eropah dan Amerika Syarikat mempunyai usia yang disyorkan untuk menjalankan pemeriksaan kanser serviks. Di Eropah, disarankan pemeriksaan jenis invasif dilakukan antara umur 35 dan 60 tahun, manakala pemeriksaan tidak invasif perlu dilakukan antara umur 25 dan 35 tahun. Selepas itu, peperiksaan harus diulang pada selang 3 hingga 5 tahun. Dengan kata lain, negara-negara Eropah mengesyorkan agar wanita-wanita harus memulakan pemeriksaan kanser serviks mulai usia 25 tahun.
Di Amerika Syarikat, disyorkan bahawa kanser serviks perlu diperiksa pada usia 18 tahun. Selain itu, pemeriksaan ini harus dilakukan setiap tahun.
Menerima ujian pap smear selepas aktif secara seksual
Walau bagaimanapun, di Malaysia, masih tiada rancangan pemeriksaan kanser serviks ditubuhkan sehingga kini. Oleh demikian, orang-orang awam mesti menanggung kos-kos pemeriksaan masing-masing. Setakat ini, tidak ada umur yang khusus disyorkan untuk menerima ujian pap smear. Umumnya, disyorkan ujian ini patut bermula apabila seorang wanita mulai aktif secara seksual, dengan selang ujian antara 2 hingga 3 tahun. Sekiranya terdapat gejala-gejala yang tidak normal, maka ujian pap smear perlu dilakukan sekali setiap enam bulan.
Bagi kumpulan wanita yang belum lagi aktif secara seksual, mereka mungkin tidak perlu membuat sebarang ujian pap smear. Sebagai alternatif, mereka boleh juga menerima pemeriksaan berciri invasif rendah.
Pemeriksaan yang paling asas untuk mencegah kanser serviks, boleh dilakukan melalui ujian pap smear, tetapi ramai wanita masih tidak tahu bahawa, masa yang sesuai untuk melakukan ujian pap smear adalah amat penting untuk meningkatkan ketepatan ujian-ujian mereka. Waktu yang sesuai untuk ujian ini akan jatuh ke dalam lingkungan 10 hingga 20 hari, di antara kitaran haid.
Ujian pap smear dibahagikan kepada dua jenis, iaitu “sim pap” dan pap tipis ( Bahasa inggeris : thin pap ). Sebenarnya kaedah pemeriksaan yang sama akan digunakan, namun alat pengumpulan sampel mereka adalah berbeza. Kaedah “sim pap” adalah dicipta oleh Amerika Syarikat, di mana, selepas sesuatu sampel telah diambil, ia akan dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi reagen cecair, lalu dihantar ke makmal untuk menjalankan ujian selanjut. Akibatnya, kebarangkalian jangkitan bakteria akan dapat dikurangkan, demi memberikan keputusan yang lebih tepat.
Harga ujian-ujian “sim pap” dan pap tipis adalah agak sama. Mereka biasanya dijalankan oleh doktor-doktor keluarga. Sudah tentu, orang ramai boleh menyemak dengan doktor sebelum menerima ujian-ujian ini.
Sekiranya ujian pap smear menunjukkan sebarang kelainan, doktor akan menasihati pesakitnya untuk mendapatkan ujian kolposkopi ( Bahasa inggeris : colposcopy ) dan mengambil sampel biopsi untuk siasatan lanjut.
Waktu yang tidak sesuai menerima ujian pap smear ialah selepas haid.
Kerana vagina masih mengandungi darah residu, sehingga mempengaruhi keputusan ujian pap smear. Sekiranya terdapat bahan-bahan asing atau pertumbuhan yang jelas dikesan pada bahagian serviks, doktor mungkin berpendapat ujian biopsi dianggap lebih sesuai berbanding dengan ujian imbasan.
Kanser ovari
Pemeriksaan harus dilakukan selepas berusia 50 tahun
Pada amnya, tidak terdapat gejala-gejala yang jelas, jadi pesakit-pesakit kanser ovari biasanya dijumpai pada peringkat lewat apabila doktor membuat diagnosis muktamad. Keadaan ini menyumbang sebanyak 75% kes-kes kanser ovari, sehingga mengakibatkan kadar kematiannya yang tinggi. Kadar kelangsungan hidup 5 tahun hanya mencapai 28%. Walau bagaimanapun, jika kanser ini dijumpai pada peringkat lebih awal (iaitu tahap 1 kanser), maka tempoh kelangsungan hidup 5 tahun akan meningkat sehingga 95%.
Adalah disyorkan bahawa wanita berusia di atas 50 tahun, harus melakukan ujian kanser ovari, kerana banyak kes tidak menunjukkan faktor-faktor risiko yang jelas. Pada hakikatnya, memang sukar untuk mengesan kanser ovari dengan mejalani ujian imbasan seperti ultra bunyi. Oleh itu, imbasan kanser ovari tidak biasa dijalani. Sekiranya berlaku keadaan yang luar biasa, barulah pemeriksaan ovari akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contoh, ujian darah, ultra bunyi dan ujian penanda tumor mungkin akan dijalankan untuk siasatan lanjut apabila gejala-gejala tidak normal berlaku.
Jika kedua-dua ujian ultrabunyi dan penanda tumor menunjukkan keputusan yang tidak normal, maka doktor mungkin akan mencadangkan ujian biopsi kemudian.
Sebab-sebab mengapa ujian imbasan adalah sukar untuk mengesan kanser ovari
- Kanser ovari tidak mudah dikesan kerana lokasi.
- Kekurangan tanda-tanda lesi ( Bahasa inggeris : lesions ) yang jelas, dan sejarah perubatan yang tidak jelas
- Keadaan di mana kadar kanser ovari yang rendah memerlukan alat-alat ujian yang memberi ketepatan yang tinggi semasa pemeriksaan, supaya mengelakkan siasatan atau rawatan yang tidak diperlukan
- Kurang rawatan berkesan
- Ujian-ujian dikira kurang efiksyen dari segi kos, kerana kadar kanser ovari yang rendah, oleh itu, hanya kumpulan berisiko tinggi boleh dipertimbangkan untuk pemeriksaan.
Gejala-gejala tersembunyi kanser ovari
- Kesakitan / mampatan bahagian bawah abdomen
- Pembesaran abdomen
- Pendarahan faraj
- Timbul gejala-gejala di saluran saluran kencing / usus
Faktor-faktor risiko kanser ovari
- Sejarah keluarga: 10% – Sindrom Ovarium Famili ( Bahasa inggeris : Familial Ovarian Syndrome )
- Tidak melahirkan anak
- Bangsa dan kehidupan sosial
- Merokok
- Terapi hormon
- Pil kontraseptif
Kanser endometrium
Tidak banyak kaedah untuk pengesanan
Kanser endometrial adalah barah yang menduduki tempat ketiga, dari segi kekerapan kanser organ pembiakan wanita. Usia permulaan adalah 58 tahun atau lebih tua. Terdapat hanya beberapa jenis kaedah pengesanan yang tersedia ada untuk kanser ini, iaitu ultra bunyi pelvik dan aspirasi endometrium (sampel-sampel tidak mencukupi untuk wanita menopaus). Walau bagaimanapun, pemeriksaan semacam ini masih dianggap tidak biasa dijalani.
Faktor-faktor risiko kanser endometrium
- Tidak melahirkan anak, haid tidak teratur, menopaus tertunda
- Kesan-kesan estrogen luaran ( Bahasa inggeris : Exogenous estrogen effects.)
- Kesan-kesan estrogen dalaman ( Bahasa Inggeris : Endogenous estrogen effects )
- Penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, obesity
- Merokok
- Tamoxifen
- Sejarah keluarga
Mendapatkan rawatan segera apabila pendarahan tidak normal berlaku
Antara tiga jenis kanser organ pembiakan wanita, pemeriksaan kanser serviks dianggap sebagai satu cara yang paling berjaya. Sekiranya pemeriksaan dijalankan dengan kerap dan berkala, maka kanser serviks dapat dikesan lebih awal, supaya memberi peluang yang tinggi untuk mengatasi kanser.
Walaupun piawaian untuk ujian pap smear tidaklah konsisten di antara beberapa negara, adalah disyorkan bahawa ujian pap smear patut dijalankan secara berkala. Misalnya, dengan kekerapan sekali setiap dua tahun. Ataupun wanita-wanita boleh menerima ujian imbasan pelvik sekali setiap tahun atau setiap dua tahun. Bagi ujian darah dan penanda tumor, mereka hanya diperlukan apabila keputusan pemeriksaan pelvik adalah positif, bersama-sama dengan kehadiran sejarah kanser di kalangan ahli-ahli keluarga.
Sebaliknya, ujian imbasan membawa sedikit hasil dari segi pengesanan kanser ovari. Oleh itu, ujian sebegini hanya boleh dipertimbangkan untuk kumpulan-kumpulan berisiko tinggi. Pendekatan yang sama juga diambil untuk pengesanan kanser endometrium, di mana ujian imbasan hanya diperlukan untuk golongan berisiko tinggi sahaja.
Oleh kerana kedua-dua kanser ovari dan endometrium, bolehlah dianggap sebagai jenis kanser yang tidak dapat dikesan dengan mudah, maka wanita-wanita mesti diperiksa dengan segera jika mereka mengalami kesakitan perut atau pendarahan yang tidak normal.