Selsema Biasa
Jangkitan Salur Pernafasan Atas (URTI)
“Doktor, saya mengidapi selsema selama seminggu, sungguhpun saya sudah dirawati oleh dua orang doktor, tetapi saya masih tidak ada sebarang tanda pemulihan. Mengapa ini boleh berlaku?
“Selsema biasa” adalah salah satu jenis penyakit yang paling merebak. Ia adalah perkataan yang diketahui oleh orang ramai. Walau bagaimanapun, kebanyakan mereka berasa agak keliru tentang erti sebenarnya. Orang ramai biasa merujuk apa-apa “ketidakselesaan fizikal” sebagai “selsema biasa atau selsema”, sehingga apabila pesakit-pesakit melawat doktor masing-masing, mereka sering tersilap mengandaikan semua gejala seperti batuk, sakit tekak, cirit-birit, muntah-muntah, dan sakit kepala adalah disebabkan oleh “selsema atau selsema biasa”.
Gejala-gejala berlarutan lebih daripada satu minggu, berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan sekunder bakteria
Malah, “selsema biasa atau selsema” adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus. Gejala yang paling jelas adalah hidung berair, hidung tersumbat dan bersin, ia juga digelar “Jangkitan Salur Pernafasan Atas”. Dalam erti kata lain, apabila “selsema” berlaku, virus umumnya hanya tinggal di atas tekak tanpa mengira jenis virus yang terlibat.
Lebih kurang 200 spesies virus menyebabkan simptom di dalam hidung. Sudah tentu, kadang-kadang virus juga boleh menjejaskan mukosa sinus atau nasofaring, lalu menyebabkan kesakitan kerongkong, tekak gatal, atau batuk sekali-sekala, tetapi tiada demam, atau apa-apa kemerahan atau pembengkakan tekak.
Pada mulanya, mukus hidung didapati telus dan berair, dan secara beransur-ansur ia akan menjadi lebih pekat atau menjadi kekuningan dalam beberapa hari. Keadaan ini akan terus bertambah baik selepas beberapa hari. Sebab utama perubahan ini adalah kerana peningkatan sel-sel darah putih dalam mukus hidung, dan bukan disebabkan keterukan penyakit atau jangkitan sekunder.
Jika simptom bertahan selama lebih daripada seminggu tanpa pemulihan, atau kehadiran demam tinggi atau epitel seperti nanah, maka doktor akan mendiagnosis pesakit-pesakit ini mendapat jangkitan bakteria sekunder atau sinusitis bakteria.
Oleh sebab selsema disebabkan oleh jangkitan virus, ia adalah penyakit yang membatasi diri sendiri, dan tempoh penyakit ini biasanya berlangsung selama lebih kurang satu minggu. Akibatnya, ubat-ubatan yang diambil semasa selsema tidak dapat memendekkan jangka masa penyakit. Ini bererti rawatan hanya meringankan gejala-gejala penyakit dan membuat pesakit merasa lebih selesa sahaja. Pendek kata, kelajuan pemulihan sebenarnya tidak mempunyai hubungan dengan kemahiran doktor!
Simptom-simptom | Jangkitan Salur Pernafasan Atas | Influenza |
Kadar gejala muncul | Perlahan-lahan | Tiba-tiba |
Demam | Jarang di kalangan orang dewasa, mungkin di kalangan kanak-kanak | Sangat biasa (100-102 ° F atau lebih tinggi pada kanak-kanak kecil), berlangsung selama 3-4 hari; mungkin rasa kesejukan
|
Sakit otot | Sedikit | Sangat biasa (sering teruk) |
Rasa kesejukan | Jarang | Biasa |
Lesu | Kadang-kadang | Biasa |
Bersin | Sangat biasa | Kadang-kadang |
Hidung tersumbat | Biasa | Kadang-kadang |
Sakit tekak | Sangat biasa | Kadang-kadang |
Batuk | Biasa (ringan hingga sederhana) | Biasa (batuk kering, boleh jadi teruk) |
Sakit kepala | Jarang | Biasa |
Di samping itu, orang ramai juga berasa keliru dengan “selsema biasa” dan “influenza.” Jangkitan influenza disebabkan oleh “virus influenza” dan bukan “virus selsema biasa”. Gejala-gejala “influenza” dan “selsema biasa” adalah agak sama dan berkemungkinan bertindih antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, gejala influenza pada umumnya didapati lebih sengit. Selain gejala biasa seperti sakit tekak, batuk, kesesakan hidung, hidung berair, pesakit selsema juga sering mengalami demam dan sakit otot atau badan. Gejala-gejala “influenza” muncul dengan lebih mendadak berbanding dengan “selsema biasa”, di samping itu influenza selalunya menyebabkan gejala keletihan dan kelesuan. Kadang-kadang gejala begini boleh berterusan selama lebih dari 2 minggu.
Sama ada pesakit-pesakit menderita jangkitan “influenza” atau “selsema biasa”, mereka perlu berehat dengan baik untuk meningkatkan kekuatan sistem imun supaya tubuh mereka dapat melawan jangkitan dengan lebih berkesan. Mereka juga mesti minum air yang mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.