Menopaus
Umur menopaus berbeza dari seseorang individu ke individu yang lain. Bagaimanakah kita boleh menganggap seorang wanita telah memasuki fasa menopaus?
Jika haid tidak hadir selama setahun sejak haid terakhir, maka ia boleh dianggap menopaus telah berlaku. Pada umumnya, menopaus berlaku di antara umur 45 dan 50, yang biasanya membawa beberapa gejala. Umur purata menopaus di Malaysia adalah 51 tahun.
Wanita tidak sepatutnya berasa seperti hari kiamat sudah datang apabila mereka memasuki peringkat menopaus. Ia hanyalah perubahan fisiologi biasa yang mesti dihadapi oleh setiap wanita. Dengan mengandaikan umur purata wanita di Malaysia ialah 80 tahun, kira-kira satu pertiga daripada tempoh hayat wanita, akan hidup bersama-sama dengan menopaus . Oleh itu, wanita mesti bersiap sedia dan harus berani menghadapi pelbagai perubahan fizikal selepas menopaus.
Apa yang akan berlaku selepas menopaus? Sebagai contoh, perubahan dalam tabiat perkumuhan, osteoporosis, dan sebagainya, tetapi berkemungkinan ramai wanita akan mempunyai pelbagai jenis pengalaman negatif yang berbeza semasa fasa peralihan fisiologi ini. Misalnya, arik, berpeluh, keletihan, kulit kering dan gatal-gatal, sakit kepala. Jika sesiapa wanita tidak dapat mengatasi gejala-gejala sebegini, mereka harus mencari bantuan profesional. Jangan menganggap ini hanyalah reaksi fisiologi semulajadi dan bertolak ansur dengannya. Gejala-gejala yang berlebihan boleh menyebabkan kesan-kesan negatif jangka panjang pada rambut dan kulit, kadang-kadang terlibat jantung juga.
Ramai cadangan untuk wanita menopaus yang berupaya mengatasi gejala-gejala mereka, termasuk memakai pakaian yang selesa semasa tidur, meletakkan diri mereka dalam persekitaran yang kering dan bersih, mengurangkan minuman kopi, atau berhenti minum alkohol & merokok, serta makan makanan kurang pedas supaya mengurangkan masalah berpeluh dan arik.
Keadaan jiwa tidak menentu, kulit kering boleh mengurangkan ketumpatan tulang
Cuba menghabiskan lebih banyak masa dengan rakan-rakan dan mengurangkan perubahan jiwa atau rengus. Selepas menopaus, lebih banyak perhatian harus diberikan kepada berat badan, mengelakkan obesiti, memakan makanan dengan kekerapan yang lebih tinggi, gaya hidup senaman sederhana, supaya berat badan dapat dikekal sihat dan tahap kolesterol darah berada di paras normal.
Kulit kering adalah salah satu gejala yang paling mengganggu wanita menopaus kerana kehilangan kolagen secara beransur-ansur dalam badan mereka. Oleh itu, adalah disyorkan mereka patut kurangkan penggunaan sabun dan sapukan minyak losyen dengan segera setelah mandi, supaya melegakan masalah kulit kering.
Osteoporosis adalah tindak balas semulajadi yang tidak dapat dielakkan semasa proses penuaan. Sebenarnya, ketumpatan tulang kita mula menurun sejak usia 35 tahun, dan kadar kehilangan ketumpatan tulang akan semakin meningkat selepas menopaus, jadi wanita pada tahap ini harus mengelakkan patah tulang, dan berjalan dengan postur yang betul untuk mengelakkan kelengkungan tulang belakang.
Sesetengah wanita menggunakan terapi hormon untuk mengurangkan gejala menopaus. Ini memang adalah pilihan individu. Sekiranya, wanita menopaus memulakan terapi hormon dengan lebih awal, mereka akan mendapat hasil yang lebih baik. Semakin lewat terapi ini dimulakan, semakin tinggi risiko kerosakan jantung nanti. Pada masa kini, terdapat sejenis terapi yang komprehensif, di mana jangka masa terapi ini adalah dihadkan ke tempoh 5 tahun atau ke bawah. Jika tidak, rawatan komprehensif ini akan meningkatkan risiko kanser payudara kemudian.
Fahami gejala-gejala menopaus dengan lebih lanjut
- Flash panas
- Pening
- Sakit kepala
- Baran
- Kemurungan emosi
- Rasa hilang
- Gelisah
- Arik
- Keletihan yang tidak normal
- Sakit belakang
- Sakit sendi
- Kesakitan otot
- Pertumbuhan rambut muka
- Kulit kering yang tidak normal
- Mengurangkan libido
- Mengurangkan penerimaan seksual
- Kekeringan faraj
- Kesakitan seksual
Kedudukan gejala-gejala menopaus
- keletihan; 60.3%
- arik; 57.2%
- kemurungan atau beremosi; 56.2%
- kelalaian atau kurang tumpuan; 55.8%
- kebimbangan atau kemarahan; 55.3%
Menunda menopaus melalui diet.
- Kurangkan pengambilan makanan tinggi lemak dan bru seperti lemak dan gula.
- Kurangkan makanan yang pedas, seperti cili, lada, mustard, dan bawang putih.
- Kurangkan makanan yang bersifat “panas”, seperti kambing, lichi, dan lain-lain.
- Kurangkan minuman alkohol, merokok, kurangkan minuman kopi dan teh yang kuat.