Vaksinasi:
Jangan menganggap jangkitan influenza sebagai selesema biasa.
Vaksin, dalam teraan kebanyakan orang umum, ia hanya diperlukan untuk bayi-bayi atau kanak-kanak. Ramai orang menganggap bahawa oleh kerana sistem imun dan rintangan orang-orang dewasa telah mencapai tahap perkembangan yang sepenuhnya, maka mereka tidak perlu mendapatkan sebarang vaksin lagi. Adakah pemahaman sebegini dianggap betul?
Influenza atau selesema biasa adalah salah satu penyakit yang kerap diabaikan oleh orang ramai, di mana mereka boleh dicegah dengan menggunakan vaksin-vaksin. Sebenarnya, ramai yang tersilap berfikir tentang jangkitan “influenza” adalah sama dengan “selesema biasa”.
Malah, pelbagai peringkat orang-orang dewasa dan jantina memerlukan jenis vaksinasi yang berlainan supaya mendapat perlindungan terhadap penyakit-penyakit. Misalnya, para remaja harus divaksinasi terhadap penyakit hepatitis B, manakala wanita harus divaksinasi terhadap virus papilloma manusia (vaksin HPV), yang merupakan sejenis vaksin untuk mencegah kanser serviks ( bahasa inggeris : cervical cancer ). Sebaliknya, warga-warga tua perlu disuntik vaksin pencegahan penyakit kayap ( bahasa inggeris : herpes zoster or shingles). Di samping itu, semua orang dewasa harus mendapat suntikan vaksin influenza untuk mengelakkan komplikasi-komplikasi kesihatan yang serius.
Perbezaan antara jangkitan influenza dan selesema biasa
Walaupun gejala-gejala kedua-dua penyakit ini adalah hampir sama, di mana kedua-duanya juga disebabkan oleh jangkitan virus. Kesan-kesan influenza jauh lebih serius daripada selesema biasa. Influenza boleh membawa pelbagai komplikasi yang serius kepada kumpulan berisiko tinggi, seperti warga-warga tua, kadang-kadang ia boleh menyebabkan kematian juga.
Perbezaan antara influenza dan selesema biasa ialah influeza berupaya mengakibatkan wabak-wabak kuman. Bagi beberapa negara dalam empat musim, ia memang disebabkan oleh perubahan bermusim. Walau bagaimanapun, Malaysia adalah negara yang sentiasa lembap dan tidak mengubah musim. Apabila virus-virus influenza mulai muncul, ia akan dapat disebarkan dengan mudah pada bila-bila masa. Malangnya, hanya segelintir orang umum sahaja yang menerima vaksinasi untuk mengelakan jangkitan influenza pada masa ini.
Liputan vaksinasi orang-orang dewasa di Malaysia adalah sekitar 60% hingga 70%. Ini dikira lebih rendah berbanding dengan kumpulan kanak-kanak. Oleh itu lebih banyak pendidikan diperlukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang dewasa di masa depan.
Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi seperti warga-warga tua atau pesakit-pesakit kronik, orang-orang dewasa mengidapi penyakit kencing manis, pesakit-pesakit jantung; mereka memang perlu memberi lebih perhatian terhadap kesihatan masing-masing. Malah, penjaga-penjaga kesihatan yang menjaga kumpulan sebegini juga dianggap sebagai kumpulan berisiko tinggi. Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi ini terdedah kepada ancaman-ancaman seperti jangkitan influenza. Selepas dijangkiti oleh virus influneza, sekiranya pesakit-pesakitnya tidak memperolehi rawatan yang betul, akibat yang serius seperti kemasukan ke hospital dan kematian mungkin boleh berlaku kemudian.
Vaksinasi memberikan pelbagai tahap perlindungan, terutamanya kes-kes yang berkaitan dengan jangkitan influenza, di man ia telah menyumbang 77% jumlah kejadian. Kajian juga menunjukkan bahawa orang-orang dewasa yang telah divaksinkan, lebih berupaya menentang terhadap penyakit-penyakit berjangkit.
Influenza adalah salah satu jenis penyakit biasa didapati di Malaysia. Ia mungkin berlarutan selama beberapa bulan. Oleh itu kebanyakan orang umum sudah pun biasa dengan keadaan seperti ini. Oleh itu, para doktor mesti menjelaskan kepada orang ramai, apakah perbezaan di antara influenza dan selesema biasa. Jangkitan influenza boleh menyebabkan kematian. Contohnya, influenza H1NI secara langsung atau tidak langsung boleh menyebabkan kematian, oleh itu ia adalah sejenis patogen berisiko tinggi. Untuk membezakan antara jangkitan influenza dengan selesema biasa, pemeriksaan yang mendalam harus dilaksanakan oleh kakitangan perubatan.
Gejala-gejala influenza dan selesema biasa akan bertindih atau sama – misalnya batuk kering, hidung berair, demam tinggi, kesukaran menelan, sakit kepala, dan sebagainya. Sekiranya tiada peperiksaan terperinci dilakukan, memang mudah salahfaham bahawa seseorang pesakit hanya menderita selesema biasa sahaja.
Kos perubatan yang lebih tinggi selepas jangkitan influenza
Walaupun influenza adalah sejenis penyakit yang boleh dicegah, kajian juga menunjukkan bahawa bergantung kepada jenis virus, vaksin piawai mungkin tidak dapat mencegah jangkitan dengan sepenuhnya, terutamanya virus yang terlibat adalah “jenis yang kuat” atau “jenis mutan”. Walu bagaimanapun, kejadiaan komplikasi-komplikasi akan dapat dikurangkan ataupun dielakkan melalui vaksinasi. Pencegahan komplikasi-komplikasi berikutan jangkitan influenza adalah sangat penting bagi pesakit-pesakit kronik.
Tidak dapat dinafikan bahawa sesetengah orang umum tidak menggunakan vaksin-vaksin oleh kerana pertimbangan kos. Walau bagaimanapun, mereka masih tidak mengambil kira kos-kos perubatan yang tinggi selepas jangkitan influenza berlaku. Oleh itu, kerajaan harus merumuskan beberapa sistem untuk menggalakkan orang-orang dewasa menerima vaksinasi pada masa akan datang.
Apabila mendiagnosis jangkitan influenza, tahap kolesterol mesti diperiksa terlebih dahulu, diikuti dengan pemeriksaan jantung dan penyakit-penyakit kronik lain. Doktor-doktor boleh menilai tahap keimunan pesakit dan keupayaannya bertahan terhadap jangkitan.
Ramai orang tidak percaya bahawa influenza boleh membawa maut. Oleh itu, kerja-kerja meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia, adalah langkah yang dikira sangat penting. Bukan sahaja orang-orang awam, malah para doktor juga. Di samping itu, vaksinasi influenza tidaklah begitu mahal dari segi kos. Oleh demikian, ia tidak boleh digunakan sebagai satu alasan tidak mendapat vaksinasi, lebih-lebih lagi ia jarang membawa kesan sampingan selepas vaksinasi dijalankan.
Adalah disyorkan mendapat vaksinasi setiap tahun
Sistem imun orang dewasa akan menjadi semakin lemah akibat proses penuaan; oleh itu kita perlu divaksinasikan semula untuk mendapatkan perlindungan yang lebih menyeluruh. Pada peringkat ini, disyorkan supaya vaksin influenza disuntik setiap tahun, untuk memastikan vaksin itu serasi dengan virus-virus yang dijangka berleluasa nanti, maka penerima vaksinasi akan mendapatkan perlindungan yang terkini dan paling komprehensif.
Pada tahun 2009, virus H1NI merupakan contoh yang baik untuk perbincangan. Sesetengah orang tidak tahu bahawa mereka dijangkiti. Nasib baik, vaksinnya sudah tersedia ada pada masa itu, jadi keadaannya dapat dikawal. Berbanding dengan wabak SARS pada tahun 2003, tiada vaksin didapati berkesan untuk melindungi manusia daripada serangan virus SARS. Selain itu, ramai orang masih tidak mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai kebaikan vaksinasi. Apabila mereka dijangkiti influenza, mereka hanya pergi berjumpa doktor-doktor masing-masing untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Hanya segelintir hospital yang mempunyai vaksin-vaksin influenza yang diperlukan, jadi jangkitan influenza berupaya merebak dengan meluas dan cepat.
Sejak wabak SARS berlaku pada tahun 2003, kami mendapati bahawa tiada had masa yang khusus untuk jangkitan influenza merebak di negara kita. Ia mungkin boleh berlaku sepanjang tahun dengan kata lain. Tidak seperti negara-negara lain, yang biasanya berlaku pada musim sejuk, di mana burung-burung adalah vektor utama virus.
Hanya ada vaksin tersedia untuk bayi-bayi baru lahir dan wanita-wanita
Kementerian Kesihatan tidak menyediakan vaksin-vaksin percuma kepada semua orang dewasa pada masa ini. Ia hanya menawarkan vaksin-vaksin kepada bayi-bayi baru lahir dan vaksin-vaksin HPV kepada wanita. Jelas sekali, ini tidak mencukupi untuk melindungi semua rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap orang mesti divaksinasikan mengikut keadaan dan keperluan masing-masing.
Influenza tidak menyebabkan kematian secara langsung, tetapi komplikasi-komplikasinya boleh menyebabkan kematian secara tidak langsung, contohnya, penyakit paru-paru dan penyakit jantung, oleh kerana virus-virus influenza biasanya menjangkiti paru-paru dan jantung.
Pemberitahuan mengenai penyakit-penyakit juga merupakan salah satu strategi pencegahan. Setiap pekerja kesihatan bertanggungjawab melaporkan penyakit-penyakit berjangkit seperti demam denggi dan AIDS dengan segera. Walau bagaimanapun, influenza bukanlah sejenis penyakit berjangkit yang memerlukan pemberitahuan sebegini. Oleh itu, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai jumlah angka sebenar orang-orang yang dijangkiti oleh influenza. Jangkitan ini tidak dikelaskan sebagai sejenis penyakit berjangkit yang memerlukan pemberitahuan, sebahagian besarnya adalah kerana ramai pesakit mungkin dijangkiti oleh influenza berkali-kali dalam hidup mereka, tetapi mereka tidak semestinya akan hilang nyawa akibat jangkitan tersebut.
Walau bagaimanapun, nasib baik, selepas wabak SARS berlaku pada tahun 2003, kerajaan kita telah memulakan sistem kewaspadaan, di mana kematian yang disebabkan oleh jangkitan influenza mesti dilaporkan sejak wabak itu.
Hanya memberi kesan apabila lebih daripada 70% orang-orang umum divaksinasikan.
Kebanyakan orang tidak tahu tentang vaksin-vaksin disediakan untuk kegunaan orang-orang dewasa. Ini disebabkan kekurangan perhatian dan maklumat di bidang ini. Secara amnya, negara-negara Asia Tenggara tidak memberi cukup kepentingan kepada isu-isu vaksinasi dewasa, maka tidak hairan mendapati Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai kadar vaksinasi yang rendah di kalangan orang dewasa. Seluruh rakyat Malaysia hanya menumpukan perhatian kepada vaksinasi anak-anak mereka untuk mengelakkan pelbagai penyakit, tetapi ramai orang dewasa masih tidak menyedari risiko-risiko diri sendiri akibat penyakit-penyakit berjangkit.
Memandangkan proses penuaan, perubahan gaya hidup, sistem imun yang semakin lemah serta kehadiran mutasi berterusan bakteria dan virus-virus, akhirnya ramai orang dewasa akan dijangkiti di masa depan.
Kos perubatan yang lebih rendah selepas divaksinasikan
Vaksinasi adalah strategi praktikal terhadap jangkitan-jangkitan dan penyakit-penyakit yang dapat dicegah oleh vaksin-vaksin, misalnya jangkitan influenza. Setiap tahun terdapat jenis virus-virus yang berlainan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia akan menjalankan penilaian setiap tahun dan membuat ramalan berkenaan pelbagai jenis vaksin. Orang-orang dewasa perlu berjumpa dengan doktor-doktor tentang butiran-butiran vaksinasi, demi melindungi kesihatan masing-masing. Untuk sesetengah kes, sebenarnya vaksin influenza juga dianggap sebagai satu tembok pertahanan terhadap penyakit-penyakit lain.
Jangkitan influenza boleh membawa kesan-kesan yang buruk kepada pesakit-pesakit kencing manis. Pesakit-pesakit ini mempunyai tahap glukosa yang tidak stabil, jadi sukar untuk mendiagnosis masalah-masalah kesihatan di kalangan pesakit-pesakit ini, misalnya jangkitan influenza dan AIDS. Di samping itu, orang-orang umum yang mempunyai fungsi paru-paru yang lemah, terutama perokok-perokok, didapati mereka lebih mudah terdedah kepada jangkitan influenza.
Orang-orang Asia Tenggara mempunyai kadar vaksinasi rendah
Fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa kadar vaksinasi di kalangan orang dewasa berada di negara-negara Asia Tenggara didapati memang rendah. Tidak kira orang-orang umum atau doktor-doktor, mereka tidak mempunyai tahap kesedaran yang tinggi, tidak seperti para doktor di Australia, di mana mereka mesti divaksinasikan sebelum mereka boleh menjalani tugas sebagai seorang doktor.
Pesakit-pesakit kronik yang mempunyai daya pertahanan yang rendah terhadap jangkitan influenza, terutamanya pesakit-pesakit jantung. Sekiranya wabak influenza meletus, pesakit-pesakit ini mungkin tidak akan mati akibat penyakit jantung, tetapi jangkitan influenza pula. Pada masa kini, didapati lebih penyakit-penyakit kronik mulai mempengaruhi golongan pemuda-pemudi, maka risiko jangkitan influenza akan semakin meningkat pada masa akan datang.
Mengurangkan komplikasi-komplikasi
Terdapat banyak vaksin orang-orang dewasa telah dijual di pasaran, namun bukanlah semua jenis vaksin adalah diperlukan oleh orang umum. Memang penting untuk memahami butiran-butiran vaksinasi sebelum seseorang memperolehi sebarang suntikan vaksin. Suntikan orang-orang dewasa bukanlah hanya melindungi penerima vaksinasi, malah juga ahli-ahli keluarga mereka juga. Sebagai contoh, apabila 80% orang-orang dewasa di sesuatu kawasan telah dilindungi oleh vaksinasi, maka baki 20% penduduknya akan dilindungi secara tidak langsung kerana orang-orang di sekitar mereka telah pun membentuk satu rangkaian perlindungan. Apabila influenza mengamuk kemudian, bilangan jangkitannya akan dapat dikurangkan.
Jika hanya segelintir orang divaksinasikan sahaja, ia akan gagal membentuk satu rangkaian perlindungan, maka lebih banyak orang akan dijangkiti di dalam masyarakat ketika wabak influenza berlaku nanti. Secara umum, untuk mengelakkan jangkitan influenza, komuniti tempatan sepatutnya mempunyai sekurang-kurangnya 70% penduduknya telah mendapati suntikan vaksin mereka masing-masing.
Jangkitan influenza tersebar luas oleh kerana dua jenis virus yang utama. Vektor-vektor mereka adalah haiwan-haiwan. Sekali interaksi virus-virus berlaku, ia akan berevolusi menjadi sejenis virus lain dan kemudian menyebar ke orang-orang umum lain. Sebagai contoh, wabak H1N1 berlaku pada tahun 2009. Wabak yang teruk sebegini biasanya mempunyai kitaran 10 tahun.
Cabaran utama bukanlah mengesan haluan tentang jangkitan influenza, malah isu-isu mengatasi jangkitan adalah lebih bergantung kepada keadaan sama ada vaksinasi telah meliputi masyarakat kita secara meluas, kerana pada hakikatnya, virus-virus influenza sentiasa wujud tanpa berhenti.