Pendarahan haid yang berlebihan
(Bahasa Inggeris : Menorrhagia)
Soalan: Ibu saya berusia 49 tahun. Tempoh haidnya baru-baru ini dikurangkan dari 5 hari sehingga 3 hari. Jumlah darah haidnya didapati semakin meningkat berbanding dengan zaman muda. Dia pernah menyifatkan mangkuk tandas boleh berubah menjadi “laut merah”. Sebelum itu, darah haidnya berbentuk membeku. Bolehkah keadaan ini dianggap normal?
Di bawah keadaan normal, jumlah darah haid wanita adalah kira-kira 50 ml hingga 80 ml, dan jumlah kehilangan darah biasanya mencapai tahap tertinggi di antara hari ke-2 dan hari ke-3, di mana keseluruhan kitaran haid akan berlangsung selama 5 hingga 7 hari. Haid adalah disebabkan oleh penanggalan endometrium dan pendarahan, akibat perubahan-perubahan badan yang berlaku semasa kitaran ovari.
Jika kehilangan darah harian lebih daripada 80 ml, atau jumlah darah haid jelaslah lebih tinggi daripada sebelumnya, keadaan ini juga dikenali sebagai “menorrhagia”, iaitu pendarahan haid yang berlebihan. Kehadiran menorrhagia bersama-sama dengan pembekuan darah, boleh dianggap sebagai manifestasi berhubungan dengan masalah penyelarasan haid.
Jika kawasan penanggalan endometrium adalah besar, atau penyempitan saluran-saluran darah yang tidak normal berlaku di rahim, maka pembekuan darah akan dihasilkan, ia merupakan fenomena fisiologi yang biasa. Kadang-kadang ada darah berbentuk membeku boleh didapati semasa haid sekali-sekala, di mana kejadian begini tidak akan membawa sebarang masalah kesihatan. Walau bagaimanapun, jika terdapat pendarahan haid yang berterusan dan berlebihan, bersama-sama dengan pembekuan darah, maka wanita-wanita yang terlibat disyorkan berjumpa doktor dengan segera supaya mengenal pasti punca-punca masalah mereka.
Soalan: Mengapakah jumlah darah haid kini didapati lebih tinggi berbanding dengan zaman muda?
Sebab-sebab biasa pendarahan haid yang berlebihan telah disenaraikan di bawah:
- Disfungsi pendarahan rahim ( Bahasa Inggeris : dysfunctional uterine bleeding ) – pendarahan yang tidak normal berpusat di rahim tanpa kehadiran sebarang gangguan struktur atau organik yang jelas. Sering dimanifestasikan sebagai haid yang tidak teratur, haid yang berlebihan, tempoh haid yang berpanjangan, pendarahan teruk bersama-sama gejala-gejala lain. Keadaan ini biasanya berlaku pada peringkat baligh atau masa berhampiran menopaus.
- Fibroid Uterus – Ini adalah pertumbuhan di organ pembiakan yang biasa di kalangan wanita dengan kadar kekerapan di antara 10% dan 30%. Menorrhagia biasanya berkaitan dengan dua jenis fibroid uterus, iaitu jenis “intramural” dan “submucosal”.
Dalam keadaan ini, rawatan ubat mungkin tidak berkesan dan memerlukan pembedahan akhirnya.
- Penyakit radang pelvik ( Bahasa inggeris : pelvic inflammatory disease ) – Ini adalah penyebab biasa pendarahan rahim yang tidak normal. Apabila keradangan berlaku, saluran-saluran darah tempatan menjadi rapuh, dan pendarahan haid tidak mudah membeku. Penyakit ini sering menyebabkan peningkatan jumlah darah dan haid yang berpanjangan.
- Endometriosis – Endometriosis, terutamanya adenomioma rahim ( Bahasa inggeris : uterine adenomyoma ), mengganggu pelbagai fungsi normal organ pembiakan, sering disertai dengan gejala-gejala seperti haid yang berpanjangan dan pendarahan haid yang berlebihan.
- Hematopati – Sesetengah penyakit darah menjejaskan pembekuan, seperti trombositopenia, hemofilia, leukemia, dan anemia aplastik, berupaya menyebabkan masalah pendarahan haid.
- Kaedah pencegahan hamil yang tidak sesuai – IUD dan cincin kawalan kelahiran biasanya digunakan sebagai kaedah pencegahan hamil. Masalah-masalah yang paling menonjol dan boleh timbul adalah peningkatan jumlah pendarahan.
- Lain-lain – Perubahan cuaca dan musim, perubahan dalam persekitaran hidup, tekanan emosi, keletihan yang berlebihan, dan diet yang tidak teratur boleh mengakibatkan pendarahan haid yang berlebihan.